Hari ini umur nurvitashop.blogspot sudah 21 hari. Ya, maka dengan ini saya pun dah 21 hari cuba mempelajari cara - cara membuat blog. Ya, memang, saya tidak pandai mengarang tidak pandai mereka cerita dan kurang kreatif dalam penulisan. Mungkin ada yang tersenyum sinis apabila membaca blog nurvitashop.
Tapi tidak mengapa, sebab saya ni memang degil, TAK PERCAYA? Degil ni kalau kita lihat dari satu sudut memang ianya satu perangai yang kebanyakannya kurang disenangi oleh penduduk bumi. Tapi kalau kita cuba tukarkan 'DEGIL' ke suatu yang positif. Percayalah, anda akan jumpa sesuatu yang positif.
Ok, sebenarnya saya bukan nak cerita pasal 'DEGIL', tapi saya nak bercerita tentang 'VIVIX'.
VIVIX? BIBIK? Eh, macam lebih kurang je sebutan ...
Apa itu VIVIX Shaklee ?
Vivix merupakan salah satu daripada Set Diabetis, Stroke, Angin Ahmar dan Sakit Jantung Shaklee. Dan kalau anda seorang yang rajin mencari info di internet, ini adalah antara - antara penyakit yang mendapat maklum balas positif daripada mereka yang mengidap penyakit - penyakit tersebut. Sebenarnya banyak lagi kelebihan Vivix ni.
Sekarang saya nak terangkan cara - cara pengambilan Vivix. Cara pengambilan sesuatu nutrisi dan vitamin amat penting untuk memastikan ianya memberi tindak balas yang berkesan terhadap badan kita. Vivix ni dihasilkan dari bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia dalam kandungannya. Jadi kebaikan khasiatnya perlu dijaga.
Kita lihat dulu cara penyimpanan Vivix. JANGAN dedahkan Vivix pada suhu tinggi. Kadang - kadang kita ni kena travel dari satu destinasi ke satu destinasi. jadi pastikan yang Vivix anda tidak terdedah pada suhu yang tinggi. Di rumah kita simpan Vivix dalam 'Chiller' peti sejuk. Jangan pulak simpan dalam freezer. Jadi makanan sejuk beku nanti. Hilang khasiat Vivix tu nanti. Serba sedikit tentang penjagaan Vivix.
Ok, sekarang saya nak bagitau cara pemakanan atau pengambilan Vivix. Amat mudah dan amat senang.
Selepas sarapan pagi, makan 1 sudu teh / kecil setiap pagi.
Pastikan anda minum banyak air kosong. Sekurang - kurangnya 3 liter sehari, lebih kurang 2 botol 1.5l air mineral. Keberkesanan dan perubahan terhadap badan adalah berlainan pada setiap pengguna. Upppss, sebelum terlupa, goncang botol vivix dahulu supaya jus vivix rata. Senangkan?
RASA VIVIX ?
Pernah rasa sirap Ribena yang belom dicampur dengan air tak? Masam - masam manis, manis - manis masam. Sedap ? Puasa ni, jangan bayang lebih - lebih, kang ader yang ke dapur, hahaha.
Ingat, tak kiralah apa - apa produk sekalipun, pengetahuan atau ilmu terhadap produk amat penting. Jangan main asal boleh je atau hantam sajalah. Tup - tup nanti telefon saya, kate Vivix ni, itu ini.
Pertama sekali baca betul - betul arahan sebelum mengambil Vivix atau apa - apa vitamin dan nutrisi lain.
Nampak tak, pada kotak Vivix ada tertulis ' Not intended for use by children, or by pregnant women or lactating women'.
Kalau simpan dalam peti sejuk, pastikan vivix sukar di capai atau di lihat oleh kanak - kanak, sebab rase Vivix ni seakan - akan rase ribena, takut - takut di minumnya sebotol, naye.
Untuk ibu - ibu yang mengandung dan yang menyusukan anak memang tidak di sarankan untuk mengambil Vivix. Anda boleh mengambil set vitamin atau nutrisi mengandung atau menyusu daripada shaklee.
Jadi, isteri - isteri yang sudah disahkan mengandung sila berhenti ambil Vivix. Suami takpe, boleh teruskan untuk ambil Vivix. Supaya si suami lebih bertenaga untuk mencari rezeki. Ye lah, ahli keluarga akan bertambah. Hehehe.
Untuk set mengandung dan menyusu, insha Allah saya akan ceritakan pada cerita saya yang akan datang.
KESAN SAMPINGAN ?
Alamak !!! Ada kesan sampingan ??? Ya memang ada kesan sampingan. Seperti yang saya taip awal - awal tadi, kesan dan keberkesanan terhadap badan kita adalah berbeza - beza.
HEALING PROSES
Apa yang saya faham pasal 'healing proses' ni ialah 'Tanda - tanda yang keluar apabila kita makan sesuatu produk'.
Jadi kadang - kadang kita ingat ia adalah kesan sampingan yang tak baik. Macam saya sendiri yang mengamalkan Vivix, saya tidak mengalami apa - apa kesan sampingan yang negatif, tapi badan makin bertenaga dan fokus untuk membuat seseuatu pekerjaan.
Ini adalah antara kesan - kesan sampingan atau testimoni dari pengguna - pengguna lain. Ini adalah sekadar panduan. Mungkin anda akan mengalami situasi yang berlainan.
Pening, loya, badan terasa panas, keletihan dan ada juga yang rasa seperti nak demam.
Ibu mertua saya selepas 2 minggu pengambilan Vivix pula rase nak pengsan, cirit birit, loya. Siap adik ipar bawak mak mertua ke hospital. KECEMASAN tuuu, cek punya cek, haaaa, memang TERKEJUT, nak tahu ? Tekanan DARAH TINGGI mak yang tak pernah - pernah turun selama lebih 30 tahun dari 170/120 turun 150/100 ... BP reading sebelum mengamalkan Vivix 170/120 ... Alhamdulillah ...
UNTUK SIAPA ?
Untuk SUAMI, Vivix ini antara yang terdapat dalam Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki.
PEROKOK, Haaa, kalau ader suami atau ahli keluarga yang merokok, Viviv ni antara yang terbaik untuk bantu mereka kurangkan tabiat merokok.
Gambar diatas hanya sekadar panduan. Perubahan adalah berbeza - beza mengikut tahap penerimaan badan pengguna. Ada pengguna saya bagitau, rase rokok jadi dah tak sedap. Jadi pahit. Perokok tau la kot macam mane rase sedap rokok ni. Hehehe.
UNTUK WANITA
Sumber : www.supplementklinik.com
PESAKIT DIABETES
SIAPA LAGI ?
Nampak, rata - rata semua kita yang berumur 18 tahun ke atas boleh mengambil Vivix. Yang berumur 18 tahun ke bawah sila minta khidmat nasihat dari pakar nutrisi atau doktor anda sebelum mengambil Vivix. Semua testimoni di dalam post saya adalah sekadar panduan. Keberkesanan adalah bergantung pada penerimaan badan pengguna.
Jangan malu jangan segan ... hubungi saya sekiranya anda ada pertanyaan mengenai produk shaklee.
Oklah ... nak ke bazar ramadhan. Insha Allah sampai jumpa lagi pada post saya yang akan datang ...










Tiada ulasan:
Catat Ulasan