Image 1

Isnin, 7 Julai 2014

Pentingnya Kesihatan Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak bercakap berkenaan penjagaan kesihatan diri.

Dalam Islam, penjagaan kesihatan dituntut ke atas ummah. Kesihatan yang baik akan memelihara agama, jiwa, bangsa, akal dan harta benda umat manusia. Agama amat menekankan kepentingan menjaga kesihatan dan pencegahan sesuatu penyakit. Allah tidak menurunkan penyakit kecuali diturunkan pula ubatnya.

Kesihatan tubuh badan, mental dan fizikal amat penting bagi setiap manusia. Mempunyai tubuh badan yang sihat memudahkan kita untuk melakukan kerja seharian kita. Belajar, bekerja, bermain , bersukan, beribadah dan macam - macam lagi. Tanpa mengira usia, lelaki atau perempuan, kaya atau miskin. Penjagaan kesihatan amatlah penting.

Semua orang nak sihat. Tapi BAGAIMANA? BERSENAM? PENGAMBILAN MAKANAN YANG SIHAT?


BERSENAM

Senaman memang penting untuk kesihatan. Bermacam - macam senaman dan aktiviti riadah yang boleh kita lakukan. Bersenam sebaiknya dilakukan di bawah sinaran matahari. Aktiviti senaman yang paling ringkas adalah berlari. Masa paling ideal untuk bersenam atau melakukan aktiviti beriadah adalah dalam lingkungan 1 jam sehari. Kebiasaannya, senaman dan aktiviti beriadah berkumpulan amatlah digalakkan supaya kita terus bersemangat untuk melakukannya. Tapi adakah kita mempunyai masa yang cukup untuk melakukan senaman setiap hari?

PEMAKANAN

Untuk melakukan senaman dan kerja harian, sudah semestinya kita memerlukan tenaga yang secukupnya. 

Badan yang kekurangan zat akan menjadi lemah dan mudah di serang penyakit. Zat makanan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral. Kesemua zat ini amat penting dalam keseimbangan kesihatan tubuh badan kita. 


Sebagai contoh, KARBOHIDRAT. Karbohidrat memainkan peranan dalam penghasilan tenaga. Kekurangan karbohidrat akan menyebabkan badan kita menjadi lemah dan tidak bertenaga.

PROTEIN. Protein pula diperlukan untuk proses pembinaan badan. Terutamanya tisu - tisu otot, pembinaan kulit dan pertumbuhan badan keseluruhannya. Kekurangan protein akan menyebabkan kita menjadi kurus, lemah dan mudah mendapat penyakit.

VITAMIN. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Kita memerlukan pelbagai jenis vitamin supaya kita kekal sihat. Antara vitamin - vitamin yang diperlukan adalah :


VITAMIN A
  • Larut dalam lemak
  • Menggalakkan pertumbuhan tulang
  • Pertahanan terhadap penyakit
  • Mengelakkan rabun

VITAMIN D
  • Untuk pertumbuhan normal
  • Meningkatkan paras sitrat (Garam Asid Sitrik) dalam darah
  • Menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus
  • Menjaga kesihatan tulang dan gigi


VITAMIN E
  • Memperkuat fungsi saraf dan otot
  • Melindungi struktur membran daripada rosak
  • Mengekalkan pertumbuhan normal
  • Mengelakkan metabolisma
  • Mengekalkan struktur paru - paru, hati dan membran sel darah merah
  • Sebagai antioksida - Bermanfaat sebagai agen pencegahan kepada sakit jantung dan melambatkan penuaan

 
VITAMIN K
  • Membantu membentuk struktur tubuh baru

VITAMIN C
  • Larut dalam air
  • Membantu dalam proses penyembuhan luka
  • Menjaga sistem kekebalan tubuh
  • Menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi


VITAMIN B (B1,B2,B3,B5,B6,B12)
  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi
  • Menambah selera makan 
  • Membantu pencernaan
  • Menjaga tisu mata dan membantu proses metabolisme

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang yang sihat, bekalan makanan yang masuk ke dalam badan kita amtlah penting. Tanpa badan yang sihat, kita tidak akan mampu untukbersenam dan melakukan kerja harian dengan sempurna.

'KESIHATAN ADALAH LEBIH BAIK DARI HARTA BENDA'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan