Image 1

Khamis, 10 Julai 2014

VITAMIN B

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak cerita sikit pasal Vitamin B

VITAMIN B adalah vitamin larut air yang memainkan pernana penting dalam metabolisme sel. Walaupun vitamin ini berkongsi nama yang sama, penyelidikan telah membuktikan bahawa mereka adalah vitamin kimia yang berbeza yang wujud dalam sesuatu sumber makanan yang sama. Makanan tambahan yang mengadungi kesemua lapan vitamin B ini dikenali sebagai VITAMIN B COMPLEX. Contohnya B1, B2, B3 dan lain lain.



VITAMIN B1 (Thiamin)


  • Berperanan dalam penjagaan tenaga daripada karbohidrat
  • Melibatkan pengeluaran RNA dan DNA serta fungsi saraf
  • Bentuk co-enzyme VITAMIN B dikenali sebagai Thiamine Pyrophosphate (TPP) yang berfungsi dalam penukaran pyruvate untuk Acetyl Coenzyme A (CoA) dalam metabolisme tubuh.
VITAMIN B2 (Riboflavin)


VITAMIN B3 (Niacin)
  • Terdiri daripada 2 struktur
          - Asid Nikotinik
          - Nicotinamide
  • Terdapat 2 co-enzym
          - Nicotinamide Adenine Dinucleotide (NAD)
  • Kedua duanya memainkan peranan penting dalam memberi tindak balas pemindahan tenaga dalam metabolisme glukos, lemak dan alkohol.
VITAMIN B5 (Pantothenic)

  • Terlibat dalam pengoksidaan asid lemak dan karbohidrat
  • Co-enzyme A yang telah disintesis daripada Pantotenic Acid, terlibat dalam prose sintesis asid amino, asid lemak, ketones, kolestrol, fosfolipid, hormon steroid, neurotransmitter dan antibodi
VITAMIN B6 (Pyridoxine)

  • Terlibat dalam metabolisme asid amino dan lipid dalam sintesis neurotransmitter, hemoglobin dan dalam pengeluaran asid nikotinik
  • memainkan peranan yang penting dalam gluconeogenesis
VITAMIN B7 (Biotin)

  • Berperanan penting dalam metabolisme lipid, protein, dan karbohidrat
  • Terlibat dalam metabolisme tenaga, asid amino dan kolestrol
VITAMIN B9 (Folic Acid)

  • Bertindak sebagai co-enzyme dalam bentuk tetrahydrofolate (THF)
  • Diperlukan untuk pembahagian sel normal terutama semasa mengandung dan untuk kesihatan bayi
  • Membantu dalam erythropoiesis, pengeluaran sel sel darah merah
VITAMIN B12 (Cobalamin)

  • Terlibat dalam metabolisme selular karbohidrat, protein dan lipid
  • Berperanan penting dalam pengeluaran sel sel darah dalam sum sum tulang, sarung saraf dan protein
Penerangan tadi hanyalah mengenai VITAMIN B dan jenis jenis VITAMIN B secara ringkas.

Sekarang jom kita lihat pula kebaikan dan khasiat VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE




  1. B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
  2. Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
  3. Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel - sel mati dan membnatu pembentukan sel - sel baru
  4. Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti - stress
  5. Menguranngkan risiko diserang migrain dan juga penyakit - penyakit lain termasuk penyakit kencing manis
  6. Memperbaiki peredaran darah kulit kepala, menghasilakn MELAMIN untuk elak rambut dari beruban dan mengatasi masalah rambut gugur
  7. Menukarkan gula kepada tenaga, memperbaiki intoleransi glukosa dalam badan dan membantu mengurangnkan rasa kebas dan kesemutan yang disebabkan kerosakan saraf serta menghilangkan rasa letih dan tidak bermaya
  8. Meransang pertumbuhan, meningkatkan kemampuan berfikir dan memberi tambahan tenaga (untuk kanak - kanak)
  9. Untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik, mencegah anemia (tekanan darah rendah), membekalkan asid folik yang sangat penting untuk mengelakkan kecacatan (untuk ibu mengandung)
Sedikit sebanyak tentang kelebihan VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE

Pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 016-8784178

Nak sihat jangan malu jangan segan

Hanya anda mampu mengubah diri anda

Sihat Bersama Saya dan Shaklee 




Isnin, 7 Julai 2014

ALFALFA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ALFALFA

Alfalfa atau dikenali juga dengan nama Medicago Sativa dikatakan berasal dari selatan tengah asia. Kemudian pertama kali di tanam di Parsi. Ia kemudiannya diperkenalkan di Greece sekitar tahun 490s.m. ketika peperangan dengan tentera Parsi. Alfalfa digunakan sebagai sumber makanan untuk lembu dan kuda tentera. Seterusnya diperkenalkan di Itali pada abad pertama.


Alfalfa telah digunakan sebagai ubat herba selama lebih 1500 tahun. Dalam perubatan tradisional awal di China, pakar pakar perubatan di China menggunakan alfalfa untuk merawat penyakit berkenaan saluran penghadaman dan buah pinggang. Alfalfa juga dipercayai memberi manfaat kepada mereka yang mengidap arthritis dan pengekalan air.


Alfalfa, seperti juga tumbuhan kekacang yang lain, mengandungi sumber Phytoestrogens, termasuk Spinasterol, Coumestrol dan Coumestan

Alfalfa mengandungi kandungan protein, kalsium, mineral, vitamin B, vitamin C, vitamin D, vitamin E, dan vitamin K.

Itulah tadi serba sedikit penerangan mengenai Alfalfa.

Jom kita tengok pula manfaat dan kelebihan Alfalfa Shaklee


  1. Mencegah ekzema
  2. Membantu memperbaiki keadaan kulit
  3. Meneutralkan asid dalam badan
  4. Menghilangkan kelesuan dan memberi tenaga
  5. Mencuci darah, hati dan usus
  6. Mengatasi masalah kurap dan kulat air
  7. Mengatasi masalah mulut dan nafas berbau
  8. Membantu mengatasi masalah gout
  9. Mengatasi masalah bau badan dan kaki berbau
  10. Melegakan masalah sinus seperti hidung sensitif
  11. Mengatasi masalah sembab air
  12. Membantu merawat ulser
  13. Membantu masalah arthritis
  14. Melegakan bengkak kaki dan buku lali
  15. Mencuci buah pimggang dan merawat masalah kencing kotor
  16. Melegakan sakit otot dan sendi
  17. Merawat asma dan lain lain masalah pernafasan
  18. Menghangatkan hubungan suami isteri
  19. Memberi kelegaan semasa haid
  20. Merawat masalah keputihan bagi wanita
  21. Membesar dan menegang payudara
  22. Sebagai perapat untuk wanita kerana mengadungi kacip fatimah
  23. Mengempiskan perut
  24. Meningkatkan stamina dan kesihatan lelaki
  25. Membantu merawat masalah sembelit
  26. Meningkatkan kesihatan prostat lelaki
  27. Mengurangkan masalah pundi kencing
  28. Membantu dalam masalah penghadaman dan pencernaan
  29. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  30. Menyingkirkan kimia dari badan
  31. Mengurangkan masalah menopaus
  32. Mengurangkan masalah gastrik dan pedih ulu hati
  33. Melawan alahan seperti resdung, ekzema dan alergi
  34. Milk Booster
  35. Membantu mengurangkan paras gula dalam darah
  36. Mengurangkan risiko sakit jantung dan strok
  37. Membantu mengurangkan lemak dan kolestrol
  38. Mengawal kolestrol dalam darah
  39. Mencuci dan membuang toksin dalam badan
Banyak betulkan manfaatnya. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan Alfalfa Shaklee ni. Nak tahu kelebihan - kelebihan yang lain, kenalah cuba.

Alfalfa Shaklee datang dalam dua botol iaitu botol besar dan kecil.

Harga untuk 1 botol besar ialah RM97.50 (700biji)
Harga untuk 1 botol kecil ialah  RM53.75 (330biji)




Pentingnya Kesihatan Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak bercakap berkenaan penjagaan kesihatan diri.

Dalam Islam, penjagaan kesihatan dituntut ke atas ummah. Kesihatan yang baik akan memelihara agama, jiwa, bangsa, akal dan harta benda umat manusia. Agama amat menekankan kepentingan menjaga kesihatan dan pencegahan sesuatu penyakit. Allah tidak menurunkan penyakit kecuali diturunkan pula ubatnya.

Kesihatan tubuh badan, mental dan fizikal amat penting bagi setiap manusia. Mempunyai tubuh badan yang sihat memudahkan kita untuk melakukan kerja seharian kita. Belajar, bekerja, bermain , bersukan, beribadah dan macam - macam lagi. Tanpa mengira usia, lelaki atau perempuan, kaya atau miskin. Penjagaan kesihatan amatlah penting.

Semua orang nak sihat. Tapi BAGAIMANA? BERSENAM? PENGAMBILAN MAKANAN YANG SIHAT?


BERSENAM

Senaman memang penting untuk kesihatan. Bermacam - macam senaman dan aktiviti riadah yang boleh kita lakukan. Bersenam sebaiknya dilakukan di bawah sinaran matahari. Aktiviti senaman yang paling ringkas adalah berlari. Masa paling ideal untuk bersenam atau melakukan aktiviti beriadah adalah dalam lingkungan 1 jam sehari. Kebiasaannya, senaman dan aktiviti beriadah berkumpulan amatlah digalakkan supaya kita terus bersemangat untuk melakukannya. Tapi adakah kita mempunyai masa yang cukup untuk melakukan senaman setiap hari?

PEMAKANAN

Untuk melakukan senaman dan kerja harian, sudah semestinya kita memerlukan tenaga yang secukupnya. 

Badan yang kekurangan zat akan menjadi lemah dan mudah di serang penyakit. Zat makanan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral. Kesemua zat ini amat penting dalam keseimbangan kesihatan tubuh badan kita. 


Sebagai contoh, KARBOHIDRAT. Karbohidrat memainkan peranan dalam penghasilan tenaga. Kekurangan karbohidrat akan menyebabkan badan kita menjadi lemah dan tidak bertenaga.

PROTEIN. Protein pula diperlukan untuk proses pembinaan badan. Terutamanya tisu - tisu otot, pembinaan kulit dan pertumbuhan badan keseluruhannya. Kekurangan protein akan menyebabkan kita menjadi kurus, lemah dan mudah mendapat penyakit.

VITAMIN. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Kita memerlukan pelbagai jenis vitamin supaya kita kekal sihat. Antara vitamin - vitamin yang diperlukan adalah :


VITAMIN A
  • Larut dalam lemak
  • Menggalakkan pertumbuhan tulang
  • Pertahanan terhadap penyakit
  • Mengelakkan rabun

VITAMIN D
  • Untuk pertumbuhan normal
  • Meningkatkan paras sitrat (Garam Asid Sitrik) dalam darah
  • Menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus
  • Menjaga kesihatan tulang dan gigi


VITAMIN E
  • Memperkuat fungsi saraf dan otot
  • Melindungi struktur membran daripada rosak
  • Mengekalkan pertumbuhan normal
  • Mengelakkan metabolisma
  • Mengekalkan struktur paru - paru, hati dan membran sel darah merah
  • Sebagai antioksida - Bermanfaat sebagai agen pencegahan kepada sakit jantung dan melambatkan penuaan

 
VITAMIN K
  • Membantu membentuk struktur tubuh baru

VITAMIN C
  • Larut dalam air
  • Membantu dalam proses penyembuhan luka
  • Menjaga sistem kekebalan tubuh
  • Menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi


VITAMIN B (B1,B2,B3,B5,B6,B12)
  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi
  • Menambah selera makan 
  • Membantu pencernaan
  • Menjaga tisu mata dan membantu proses metabolisme

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang yang sihat, bekalan makanan yang masuk ke dalam badan kita amtlah penting. Tanpa badan yang sihat, kita tidak akan mampu untukbersenam dan melakukan kerja harian dengan sempurna.

'KESIHATAN ADALAH LEBIH BAIK DARI HARTA BENDA'

Ahad, 6 Julai 2014

VIVIX sirap satu dalam sejuta ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Hari ini umur nurvitashop.blogspot sudah 21 hari. Ya, maka dengan ini saya pun dah 21 hari cuba mempelajari cara - cara membuat blog. Ya, memang, saya tidak pandai mengarang tidak pandai mereka cerita dan kurang kreatif dalam penulisan. Mungkin ada yang tersenyum sinis apabila membaca blog nurvitashop.

Tapi tidak mengapa, sebab saya ni memang degil, TAK PERCAYA? Degil ni kalau kita lihat dari satu sudut memang ianya satu perangai yang kebanyakannya kurang disenangi oleh penduduk bumi. Tapi kalau kita cuba tukarkan 'DEGIL' ke suatu yang positif. Percayalah, anda akan jumpa sesuatu yang positif.

Ok, sebenarnya saya bukan nak cerita pasal 'DEGIL', tapi saya nak bercerita tentang 'VIVIX'.

VIVIX? BIBIK?  Eh, macam lebih kurang je sebutan ...

Apa itu VIVIX Shaklee ?

Vivix merupakan salah satu daripada Set Diabetis, Stroke, Angin Ahmar dan Sakit Jantung Shaklee. Dan kalau anda seorang yang rajin mencari info di internet, ini adalah antara - antara penyakit yang mendapat maklum balas positif daripada mereka yang mengidap penyakit - penyakit tersebut. Sebenarnya banyak lagi kelebihan Vivix ni.



Sekarang saya nak terangkan cara - cara pengambilan Vivix. Cara pengambilan sesuatu nutrisi dan vitamin amat penting untuk memastikan ianya memberi tindak balas yang berkesan terhadap badan kita. Vivix ni dihasilkan dari bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia dalam kandungannya. Jadi kebaikan khasiatnya perlu dijaga.

Kita lihat dulu cara penyimpanan Vivix. JANGAN dedahkan Vivix pada suhu tinggi. Kadang - kadang kita ni kena travel dari satu destinasi ke satu destinasi. jadi pastikan yang Vivix anda tidak terdedah pada suhu yang tinggi. Di rumah kita simpan Vivix dalam 'Chiller' peti sejuk. Jangan pulak simpan dalam freezer. Jadi makanan sejuk beku nanti. Hilang khasiat Vivix tu nanti. Serba sedikit tentang penjagaan Vivix.

Ok, sekarang saya nak bagitau cara pemakanan atau pengambilan Vivix. Amat mudah dan amat senang.

Selepas sarapan pagi, makan 1 sudu teh / kecil setiap pagi.

Pastikan anda minum banyak air kosong. Sekurang - kurangnya 3 liter sehari, lebih kurang 2 botol 1.5l air mineral. Keberkesanan dan perubahan terhadap badan adalah berlainan pada setiap pengguna. Upppss, sebelum terlupa, goncang botol vivix dahulu supaya jus vivix rata. Senangkan?



RASA VIVIX ?

Pernah rasa sirap Ribena yang belom dicampur dengan air tak? Masam - masam manis, manis - manis masam. Sedap ? Puasa ni, jangan bayang lebih - lebih, kang ader yang ke dapur, hahaha.

Ingat, tak kiralah apa - apa produk sekalipun, pengetahuan atau ilmu terhadap produk amat penting. Jangan main asal boleh je atau hantam sajalah. Tup - tup nanti telefon saya, kate Vivix ni, itu ini.

Pertama sekali baca betul - betul arahan sebelum mengambil Vivix atau apa - apa vitamin dan nutrisi lain.


Nampak tak, pada kotak Vivix ada tertulis ' Not intended for use by children, or by pregnant women or lactating women'.

Kalau simpan dalam peti sejuk, pastikan vivix sukar di capai atau di lihat oleh kanak - kanak, sebab rase Vivix ni seakan - akan rase ribena, takut - takut di minumnya sebotol, naye.

Untuk ibu - ibu yang mengandung dan yang menyusukan anak memang tidak di sarankan untuk mengambil Vivix. Anda boleh mengambil set vitamin atau nutrisi mengandung atau menyusu daripada shaklee.

Jadi, isteri - isteri yang sudah disahkan mengandung sila berhenti ambil Vivix. Suami takpe, boleh teruskan untuk ambil Vivix. Supaya si suami lebih bertenaga untuk mencari rezeki. Ye lah, ahli keluarga akan bertambah. Hehehe.

Untuk set mengandung dan menyusu, insha Allah saya akan ceritakan pada cerita saya yang akan datang.

KESAN SAMPINGAN ?

Alamak !!! Ada kesan sampingan ??? Ya memang ada kesan sampingan. Seperti yang saya taip awal - awal tadi, kesan dan keberkesanan terhadap badan kita adalah berbeza - beza.

HEALING PROSES

Apa yang saya faham pasal 'healing proses' ni ialah 'Tanda - tanda yang keluar apabila kita makan sesuatu produk'.

Jadi kadang - kadang kita ingat ia adalah kesan sampingan yang tak baik. Macam saya sendiri yang mengamalkan Vivix, saya tidak mengalami apa - apa kesan sampingan yang negatif, tapi badan makin bertenaga dan fokus untuk membuat seseuatu pekerjaan.

Ini adalah antara kesan - kesan sampingan atau testimoni dari pengguna - pengguna lain. Ini adalah sekadar panduan. Mungkin anda akan mengalami situasi yang berlainan.

Pening, loya, badan terasa panas, keletihan dan ada juga yang rasa seperti nak demam. 

Ibu mertua saya selepas 2 minggu pengambilan Vivix pula rase nak pengsan, cirit birit, loya. Siap adik ipar bawak mak mertua ke hospital. KECEMASAN tuuu, cek punya cek, haaaa, memang TERKEJUT, nak tahu ? Tekanan DARAH TINGGI mak yang tak pernah - pernah turun selama lebih 30 tahun dari 170/120 turun 150/100 ... BP reading sebelum mengamalkan Vivix 170/120 ... Alhamdulillah ...

UNTUK SIAPA ?

Untuk SUAMI, Vivix ini antara yang terdapat dalam Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki.

PEROKOK, Haaa, kalau ader suami atau ahli keluarga yang merokok, Viviv ni antara yang terbaik untuk bantu mereka kurangkan tabiat merokok.



Gambar diatas hanya sekadar panduan. Perubahan adalah berbeza - beza mengikut tahap penerimaan badan pengguna. Ada pengguna saya bagitau, rase rokok jadi dah tak sedap. Jadi pahit. Perokok tau la kot macam mane rase sedap rokok ni. Hehehe.

UNTUK WANITA

Sumber : www.supplementklinik.com





PESAKIT DIABETES

Sumber : portalsihat


SIAPA LAGI ?



Nampak, rata - rata semua kita yang berumur 18 tahun ke atas boleh mengambil Vivix. Yang berumur 18 tahun ke bawah sila minta khidmat nasihat dari pakar nutrisi atau doktor anda sebelum mengambil Vivix. Semua testimoni di dalam post saya adalah sekadar panduan. Keberkesanan adalah bergantung pada penerimaan badan pengguna. 

Jangan malu jangan segan ... hubungi saya sekiranya anda ada pertanyaan mengenai produk shaklee. 

Oklah ... nak ke bazar ramadhan. Insha Allah sampai jumpa lagi pada post saya yang akan datang ...