Sabtu, 28 Jun 2014
Vitamin Bulan Ramadhan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... Besok umat Islam dah mula berpuasa. Rasanya masa ni semua sedang sibuk mengaturcara menu - menu untuk berbuka dan bersahur. Tak kurang yanng sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Apapun rencana atau aturcara kita, mudah mudahan dipermudahkan. Namun adakah badan kita sudah benar - benar bersedia untuk mengatur, untuk bertindak, untuk bekerja bagi melaksanakan aturcara dan rencana kita di bulan Ramadhan? Cuba kita lihat aktiviti kita d bulan puasa, pertama sekali kita bangun awal pagi yakni sebelum subuh, mungkin ada yanng bersahur awal. Secara rambang bermula dari pukul 2 pagi sehinggalah ke sebelum subuh untuk bersahur. Kemudian kita bersiap - siap pula untuk ke tempat kerja. Kebiasaannya waktu rehat pada pukul 10 pagi dan kemudian rehat untuk makan tengah hari. Tapi pada bulan Ramadhan masa rehat tidak digunakan untuk makan. Jadi diisi dengan amal ibadah. Contoh pukul 10 pagi, solat Dhuha. Masa rehat tengah hari pula, selepas solat Zohor mungkin ada yang terus menyambung pekerjaan atau mengambil dan menghantar anak - anak ke sekolah. Selesai waktu kerja, ada yang ke bazar ramadhan ada yang ke pasar basah ada yang terus pulang ke rumah. Apapun, setelah sampai di rumah, masing - masing sibuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Selesai berbuka, terus ke surau atau masjid untuk menunaikan solat fardhu dan solat terawih. Nah, perjalanan biasa seorang muslim di bulan Ramadhan. Dari Subuh hinggalah ke Maghrib baru badan kita akan menerima makanan. Jadi untuk melakukan tugasan harian, badan kita memerlukan tenaga yang cukup, supaya kita mampu melaksanakan segala tugasan di tempat kerja mahupun menjalankan tanggungjawab kita yang lain. Adakah makanan yang kita ambil semasa bersahur mencukupi zat, nutrisi dan vitamin yang kita perlukan?
Vitamin adalah salah satu senjata perisai untuk kekal segar bertenaga. Jadi cadangan vitamin yang sesuai adalah ESP, Bcomplex, Vitalea, Performance Drink, Chewable Vit C, Alfalfa Complex, Nutriferon dan juga Meal Shake. Ini asas, tak perlulah beli semua. Mana - mana satu pun boleh. Pilihan saya ESP, Performance Drink dan Meal Shake. Ketiga - tiga vitamin ini mampu memberikan kita tenaga yang mencukupi untuk melakukan tugasan harian. Selain memberikan tenaga, ianya juga mampu menghindarkan dan mencegah dari penyakit gastrik dan penyakit - penyakit ringan yang lain. Insya Allah .... Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah dari kami ... NURVITASHOP ...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan